October 25, 2017

Tunas Idea eratkan ukhwah sesama NGO di Johor

Oleh Farizatul Azimah Abdul Kahar

JOHOR BAHRU, 27 OGOS – Pertemuan antara wakil NGO dari Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Johor, Johor Student Leaders Council (JSLC), Yayasan Ikhlas, Mahasiswa Anak Kulai (MAKU), Ihsan Johor dan We Love Charity (WLC) di Markas Ihsan Johor semalam telah memberi peluang wakil-wakil NGO berkongsi idea disamping mengeratkan ukhwah sesama NGO di Johor.

Pertemuan singkat ini telah mengumpulkan 14 sukarelawan yang bergerak aktif di sekitar Johor untuk berkongsi pengalaman, idea dan menjalinkan kerjasama di dalam program-program yang dirancang.

“Fokus untuk mendekati remaja kelas minda ketiga turut dibincangkan bagi menarik mereka menyertai aktiviti kesukarelawanan dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara bermanfaat” ujar Saudara Hidayat Soeb selaku wakil Mahasiswa Anak Kulai.

Kehadiran Isma disambut baik bagi mengisi kelompongan masyarakat terhadap pengisian spiritual dalam aktiviti kesukarelawanan yang akan dirangka.

Diharapkan hubungan yang dijalin ini dapat memperkasakan aktiviti kesukarelawanan di bumi Johor dan meramaikan golongan yang bersedia menyumbang kudrat demi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Hot industry news & trends

More useful articles