November 20, 2017

Sihat Untuk Ummah, Perkasa Dakwah

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman

JOHOR BAHRU, 18 NOV – Isma cawangan Johor Bahru menitik beratkan perihal kesihatan dan kecergasan setiap ahlinya dengan perlaksanaan Ujian Kecergasan kali ke-2 yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai baru-baru ini.

Ujian kecergasan ini mengandungi 5 aktiviti bagi menilai tahap kecergasan individu iaitu ujian BMI, larian 2.4 km dalam masa 15 minit kebawah, bangkit tubi bervariasi, tekan tubi, dan jangkauan melunjur.

Dr. Hj Mohd Ferdaus Mohd Tahar, Pengerusi i-Medik cawangan Johor Bahru berkata, “Kita perlu jadi hebat dan kuat untuk apa? Sudah pasti kita hendak sumbangkan akal dan badan kita untuk umat ini, tetapi kalau berjalan pun tidak larat, bagaimana hendak kita salurkan apa yang kita ada ini untuk Islam? Kita telah pun belajar teori dan berusrah, belajar untuk mengisi rohani dan akal kita. Namun, satu lagi yang kita perlu penuhi adalah tuntutan fizikal kita”.

Tambah beliau lagi, “Jantung yang sihat membolehkan kita mengikuti program – program tarbiah dan menyalurkan sumbangan untuk Islam dengan baik, tetapi sekiranya jantung kita berpenyakit ianya akan membawa kepada pengurangan yang ketara dalam kuantiti dan kualiti sumbangan yang kita boleh berikan untuk Islam”.

“Kerapkali kita merasakan lelah dalam mengharungi jalan dakwah yang panjang ini, apakah motivasi terbaik yang mampu menjadikan kita terus kekal kuat dan bersemangat? Ianya adalah ketaqwaan dan semangat pengorbanan yang tinggi kepada jalan Allah,” kata beliau mengakhiri sesi tazkirah di akhir ujian kecergasan tersebut.

Ujian kecergasan anjuran Isma cawangan Johor Bahru ini merupakan acara wajib yang diadakan 2 kali setahun bertujuan memantau rapat tahap kecergasan setiap ahlinya.

Hot industry news & trends

More useful articles