October 24, 2017

Revolusi Pemikiran yang hanya Berpandukan Akal boleh membawa kepada Kebinasaan

 

Oleh Dr Nur Farrah Nadia Bt Najib
Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia
Isma JB

Atheisme atau ‘mulhid’ adalah sebuah kefahaman yang jelas terseleweng dari Islam. Ini adalah berdasarkan ayat Quran di dalam Surah Al A’raf ayat 80 dan surah Al Haj ayat 25 yang menerangkan bahawa fahaman atheisme mencampakkan penganutnya kepada kebinasaan.

Bagi konteks kita di Malaysia, telah ditetapkan di dalam prinsip Rukun Negara bahawa “Kepercayaan kepada Tuhan” merupakan asas kesatuan masyarakat dan keharmonian di negara ini. Maka ini bercanggah dengan fahaman atheisme yang meragui atau menolak secara total kewujudan Tuhan.

Revolusi Pemikiran Sehingga Munculnya Atheisme

Fahaman atheisme wujud sejak abad ke 17 lagi dan antara tokoh yg terkenal pada abad ke 19 ialah Karl Marx. Di zaman khalifah pula, fahaman ini menyerap masuk sejak zaman Khalifah Umayyah. Walaupun tidak dapat dipastikn secara tepat tarikhnya, fahaman atheisme berubah dari satu bentuk pegangan individu kepada sebuah ideologi yang mempengaruhi di sekitar abad ke 19.

Sebab utama yang diberikan mengapa mereka tidak percaya kepada Tuhan adalah kerana tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa Tuhan itu wujud dan jika Tuhan benar-benar wujud, mengapa ada manusia yang dibiarkan hidup melarat dan menderita? (faktor ekonomi dan sosial).

Fahaman ini awalnya didokong oleh golongan saintis yang ingin bebas dari penindasan gereja atau golongan rakyat miskin. Namun pada zaman sekarang kita lihat fahaman ini mula mendapat tempat di kalangan cendekiawan mahupun para bangsawan.

Secara asasnya, bila mana sesuatu masyarakat mula bersikap ‘materialistik’ dan ‘beriman’ kepada konsep ‘seeing is believing’, maka sains diangkat tempatnya daripada makhluk kepada Tuhan. Apabila fahaman ini berkembang, wujudnya golongan sekularis yang berpendapat hal ehwal agama perlu diasingkan daripada kehidupan. Lebih parah lagi, golongan berfahaman humanisme mula wujud dgn meletakkan ‘manusia’ itu sendiri sebagai perkara yg ‘central’ dalam menentukan nilai masyarakat. Sudah tentu apabila ciri-ciri kemanusiaan yang lemah dan pelbagai diletakkan sbg ‘tuhan’ ideologi ini semakin tersasar dan akhirnya manusia tersebut menetapkan bahawa tuhan tidak wujud. Manusia adalah makhluk yang cukup hebat sehingga tidak perlukan Tuhan. Ini adalah bahaya golongan yang berfikiran liberal.

Akhirnya kita lihat masyarakat yang bertunjangkan material ingin membebaskn dirinya dari agama dan akhirnya meletakkan manusia itu sendiri sebagai penentu kepada ‘morality’ sehingga menjadi ekstrim lalu membuat kesimpulan tidak perlu kepada Tuhan. Ini jelas merupakan tipuan syaitan dan mengapa fahaman liberal tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Atheisme Dan Generasi Hari Ini

Telah banyak negara-negara di Asia yang mempunyai penganut atheisme, antaranya China dan Jepun. Kita tidak mahu fahaman ini merebak ke Malaysia. Secara jelas diterangkan di atas, atheisme adalah sesuatu yg sesat dan dimurkai dan sudah tentunya tidak sesuai dengan generasi sekarang mahu pun terdahulu, setelah kedatangan Islam. Namun kita perlu bersikap sensitif dengan ‘fragility’ golongan muda sekarang kepada fahaman ini kerana faktor didikan dan penghayatan agama yang kurang serta pesatnya perkembangan golongan liberal yang mencanangkan fikrah mereka secara terbuka.

Dari segi psikologinya, tekanan dunia moden yang semakin meningkat sepatutnya mengembalikan manusia kepada Tuhan kerana secara fitrahnya manusia tidak akan sanggup menanggung bebanan tanpa boleh mengadu dan bergantung kepada kuasa yang lebih besar. Ibarat orang yang hampir karam di laut, apabila sedar kemampuan dirinya terbatas, fitrahnya akan menolaknya untuk memohon kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Jika adapun golongan yg merasakan fahaman ini releven, akhirnya mereka akan menyerah kalah.

Fahaman Atheisme Di Malaysia

Secara senyap fahaman atheisme telah pun menyusup masuk ke negara kita. Laporan secara formal pada bulan August yang lepas tentang perjumpaan ahli kelab Atheist Republic yang diadakan di ibu negara menggemparkan pihak berwajib dan seluruh masyarakat Islam. Tanpa segan silu mereka bergambar dan menyebarkannya ke media sosial. Kelihatan ada di antara mereka yg berkulit sawa matang, mungkin orang Melayu? Kelab ini yg berpusat di Vancouver, Canada secara aktif menyebarkn fahaman dan mengumpulkan keahlian. Presidennya merupakan seorang rakyat Iran.

Penganjuran aktiviti sedemikian merupakan bukti bahawa fahaman ini telah bertapak di Malaysia, khususnya di kalangan pemuda. Namun demikian, di sana masih kuat kelompok yang berpegang kepada Rukun Negara dan Islam sebagai agama persekutuan. Jika fahaman atheisme berkembang, ini selari dgn perkembangan fahaman liberal di dalam masyarakat walaupun golongan liberal tidak mencanangkan atheisme secara terbuka. Sejarah telah membuktikan revolusi pemikiran yang hanya berpandukan akal ini akhirnya menjurus kepada kebinasaan. Atas dasar itu kita perlu melihat fahaman liberal sebagai merbahaya dan perlu dibendung.

Hot industry news & trends

More useful articles