January 19, 2021

Relawan Muda ISMA Iskandar Puteri kerjasama IKM Johor Bahru turun padang hulurkan bantuan pasca banjir

Skudai, 19/01/2021 – Berat mata memandang, berat lagi bahu dipikul. Begitulah perasaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir di sini baru-baru ini. Tibanya bantuan daripada Relawan Muda ISMA Iskandar Puteri (IP) dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA (IKM )Johor Bahru (JB) ini sedikit sebanyak mampu merawat kesusahan yang dihadapi oleh mangsa banjir.

Menurut wakil Relawan Muda ISMA IP, En. Haleem Syah; misi kali ini disertai bersama dengan En. Mohd Ariff Yahya, yang juga merupakan pensyarah di IKM JB bagi membantu pelajar-pelajar IKM yang terjejas teruk akibat banjir ini. Bantuan adalah dalam bentuk keperluan asas dan harian.

“Pelajar yang dibantu hari ini, jelas sekali meluahkan rasa semangat kembali untuk belajar, memandangkan ayahnya bekerja jauh dari rumah sebagai warden penjara dan ibunya diberhentikan kerja dari tukang masak di sebuah restoran mungkin ekoran dari COVID-19 ini”, Ujar beliau lagi.

Berminat untuk sertai aktiviti – aktiviti kesukarelawanan? boleh hubungi : 018-7634803 (Ahmad Nor)

Bagi para dermawan yang ingin menyumbang dan membantu dalam misi bantuan banjir ini, sila ke akaun berikut

ISMA DT SERVICES:8603 2634 23 [CIMB BANK]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *