February 21, 2018

Pentingnya Pemimpin Berjiwa Besar

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman

Johor Bahru, 22 Februari – Program Kepimpinan Pengawas dan MPP khusus untuk barisan kepimpinan pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ini, merupakan program kerjasama antara Kelab Remaja Isma Johor Bahru, dan Pemuda Isma Johor Bahru.

Sekitar program yang berlangsung di SMK Teknik Johor Bahru

Ustaz AD Satiman, merupakan penceramah program yang diadakan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu ini berkata, “Jiwa yang besar merupakan antara kriteria terpenting yang perlu dimiliki dan dibina oleh seorang pemimpin. Kriteria ini akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinannya dalam memikul amanah dan tanggungjawab, serta untuk melakukan pembaharuan ke arah penambahbaikkan.

“Seorang pemimpin perlu untuk meningkatkan kemahiran diri, sebagai contoh kemahiran berkomunikasi dan seni mempengaruhi manusia kerana kita sering berlegar dengan permasalahan manusia, yang memerlukan pengurusan berhikmah dan penyelesaian terbaik dari seorang pemimpin” ulas beliau lagi.

Program di MRSM Johor Bahru dihadiri oleh pelajar tingkatan 2, 3 dan 4.

Melalui objektif yang sama, Program Kepimpinan Pelajar ini juga diadakan di MRSM Johor Bahru yang disampaikan oleh Luqman Abdul Hamid, Ketua Penyelidik Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS).

Untuk makluman program akan datang, boleh layari fb Kelab Remaja Isma Johor Bahru di pautan https://www.facebook.com/KRIMJohor/

Hot industry news & trends

More useful articles