Pasukan Skudai Menjuarai Pertandingan Bola Sepak 3 Penjuru Isma Johor Bahru

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman

JOHOR BAHRU, 16 Dis – Pertandingan bola sepak 3 penjuru, diantara pasukan bola sepak Skudai, Bandar Dato Onn dan Taman Bukit Mutiara merupakan acara utama Riadah Perdana Isma Johor Bahru kali ini.

Pertandingan bola sepak 3 penjuru yang dimenangi pasukan dari Skudai ini diadakan di padang Taman Bukit Mutiara dengan kehadiran menjangkau 40 orang pemain yang terdiri daripada kalangan remaja dan pemuda sekitar Johor Bahru.

Ismail bin Ahmad, Setiausaha Biro Tarbiyah Isma cawangan Johor Bahru dalam sesi tazkirah riadah perdana Isma Johor Bahru berkata, “Sebelum pertandingan dimulakan, amat penting untuk kita tanamkan dalam pemikiran kita bahawa kita berpeluang untuk menang dan jangan sesekali mudah berputus asa. Jika dari awal kita tidak yakin untuk menang, ianya akan memberi kesan yang sangat besar sewaktu kita bertanding nanti.”

Mengambil ayat ke-2 dari surah Al-Jumuah sebagai pelengkap ucapannya yang bermaksud “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang orang arab yang umiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat ayat Allah (yang membuktikan keEsaan Allah dan keKuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat) serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Dalam satu sesi memperkenalkan Isma Johor FC, pengerusinya, Mohd Izzul Hafizuddin dalam ucapannya berkata , “Akademi yang kami tubuhkan ini akan bermula pada Januari 2018. Mereka akan mempelajari teknik – teknik asas dalam bola sepak. Kami juga akan menghantar pelajar akademi kami ke pelbagai pertandingan bola sepak untuk memberi pendedahan dan pengalaman berguna dalam membantu pembangunan karier mereka sebagai pemain bola sepak. Pelajar akademi juga berpeluang untuk diserap masuk ke dalam skuad senior IJFC yang telah didaftarkan dibawah liga JBFA. Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook Isma Johor FC atau IJFC.”

Riadah Perdana anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan aktiviti wajib yang diadakan setiap 3 bulan sekali, bertujuan membina kekuatan peribadi berpaksikan Islam serta membudayakan gaya hidup sihat dan cergas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *