April 3, 2018

Ketaqwaan kepada Allah asas keharmonian berumah tangga

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman

JOHOR BAHRU 02 Apr –  Kerosakan institusi keluarga merupakan isu besar yang perlu diteliti dan ditangani secara serius oleh semua pihak. Hampir setiap hari, kita dipertontonkan di dada-dada akhbar perihal permasalahan yang berkaitan, seolah olah tiada titik untuk nokhtah pengakhiran.

Mengambil inisiatif dari kerisauan diatas, Biro Keluarga dan Masyarakat cawangan Johor telah menganjurkan satu program “Rumahtangga dakwah, Qudwah Rasulullah” yang dihadiri oleh ahli Isma johor yang telah berkahwin.

Puan Siti Aisyah bte Hamid, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Darulaman berkata, “Setiap pasangan yang sudah berkahwin perlu mempunyai misi dan visi yang jelas berlandaskan Islam. Bahtera yang dibina bersama, memerlukan satu asas kukuh untuk sampai ke destinasi akhirat. Ianya bukan sekadar pelayaran menempuh perkara yang membahagiakan sahaja atau sekadar memenuhi kehendak diri dan masyarakat, tetapi ianya mencakupi konteks yang lebih besar dan luas yang perlu difikirkan terutama sekali kepada mereka yang ingin membina keluarga dakwah.

Tambah beliau, “Pasangan juga perlu mempunyai perancangan teliti dan KPI tersendiri yang perlu disemak dan diteliti dari semasa ke semasa. Ianya amat penting, supaya kita tidak hanya melayari bahtera perkahwinan tanpa arah tuju yang jelas, dan yang paling membimbangkan, akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pasangan, tetapi juga kepada zuriat yang bakal dikurniakan.

Program berkala anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat ini, mempunyai 2 sesi. Yang pertama disampaikan oleh Puan Siti Aisyah. Sesi kedua pula diisi dengan forum yang disampaikan oleh Syed Mohd Izzudin bin Tuan Sembak serta pasangannya, Puan Nafisah binti Abdul Latif sebagai penalis dan Muhammad Fathi Kamil sebagai moderator.

Untuk sebarang makluman berkaitan hebahan program, boleh layari facebook Ikatan Muslimin Johor di pautan, https://www.facebook.com/IkatanMusliminMalaysiaJohor/

Hot industry news & trends

More useful articles