October 25, 2017

Kelab Remaja Isma komited membangun remaja berjiwa lasak

Oleh Muhammad Taqiuddeen Bariman

JOHOR BAHRU, 26 OGOS – Seramai 196 peserta remaja lelaki dan perempuan dari Negeri Sembilan, Johor dan Melaka, telah terlibat dalam Karnival Sukan Remaja Muslim, anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) cawangan Johor Bahru.

Karnival sukan yang diadakan di Daiman Sri Skudai Sports Centre Johor Bahru ini, mengetengahkan 2 acara utama, iaitu acara futsal bagi remaja lelaki, dan acara badminton bagi remaja perempuan.

Dr Omar Abdul Aziz, Setiausaha Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Johor Bahru dalam ucapan perasmian penutup karnival sukan ini berkata, “Setiap pertandingan, akan ada mula, tamat, dan pemenang. Tetapi ada perkara yang lebih besar dan utama daripada pertandingan ini yang kita perlu faham, iaitu kehidupan yang cergas dan aktif akan mampu membina kekuatan.”

“Membentuk jiwa remaja yang tahan lasak merupakan antara objektif utama karnival sukan ini diadakan. Antara elemen yang perlu ada dalam jiwa yang tahan lasak ini adalah kesabaran yang tinggi. Kesabaran juga merupakan perkara yang sangat dekat dengan kekuatan.” ulasnya lagi

Mengambil ayat 24 dari surah As-Sajjadah sebagai pelengkap ucapannya yang bermaksud “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selama mereka sabar, mereka meyakini ayat-ayat kami”

Dr Omar Abdul Aziz, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta diatas kehadiran dan kesungguhan dalam menjayakan karnival sukan ini.

Acara futsal telah dimenangi wakil johor yang membawa pulang hadiah berjumlah Rm 300, sijil dan piala, tajaan Butik Ijmal dan Alfateh Printing sementara untuk acara badminton pula, dimenangi wakil Negeri Sembilan

Karnival Sukan Remaja Muslim merupakan acara tahunan anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) yang komited dalam melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai-nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

Hot industry news & trends

More useful articles