April 3, 2018

JALAN DAKWAH, JALAN YANG PANJANG DAN MELELAHKAN”

Minggu lepas saya berkesempatan membawa anak buah ber’rock climbing’. Memang menjadi rutin mingguan saya berjumpa dengan mereka. Tapi kali ini saya fikir perlu membuat sedikit kelainan¬† kerana objektif pertemuan kali ni agak kritikal. Jadi saya perlu menggunakan pendekatan yang kritikal juga.

Setibanya di lokasi, kelihatan mereka resah. Mana tidaknya, melihatkan dinding yang begitu tinggi, tentu mendatangkan rasa kecut perut kepada sesiapa pun. Masing-masing mula beralasan. Tidak sihat, tidak yakin, takut dan bermacam-macam lagi. Pada saya ini normal kerana pada mulanya saya juga begitu. Pelbagai alasan saya berikan.

Sambil tersenyum, saya memberikan kata-kata dorongan dan semangat kepada mereka. Sedar tak sedar, sudah hampir 2 jam kami di situ, segala jenis dinding kami panjat. Turun naik, turun naik. Peluh jantan sudah membasahi tubuh kami.

Sebelum kami bersurai, sempat saya bertanya kepada mereka:
“Apa kaitan aktiviti kita pada harini dgn dakwah dan tarbiyah?”
Masing2 memberikan buah fikiran mereka. Kadang-kadang saya mengangguk tanda setuju. MashaAllah, saya kagum dengan kebolehan mereka untuk berfikir. Lalu diakhirnya, saya berikan pandangan saya..

“Jalan dakwah dan tarbiyah ini adalah jalan yang panjang, penuh halangan dan rintangan dan sudah pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang melaluinya berasa lelah. Maka mereka yg tidak kuat tidak akan memilih jalan ini dengan memberikan pelbagai alasan.. tiada masa, kurang ilmu, serahkan sahaja kepada para asatizah, dan bermacam-macam lagi alasan”. Senyuman terukir dibibir mereka dek kerana kata-kata itu terkena dibatang hidung sendiri. Kami ketawa.

Saya menyambung lagi, “Akan tetapi, para du’at, berbekalkan iltizam yang jitu dan tawakkal kepada Allah terus berpegang pada tali (harness) dan mulakan perjalanan (pendakian). Tidak cukup ilmu. tidak mengapa, sambil mendaki, sambil belajar, pelan-pelan kayuh bak kata anak muda sekarang. takut. tak mengapa, lama-lama perasaan takut akan hilang bila kita sudah sampai separuh ketinggian.

Setibanya kita di puncak, nikmat yang dikecapi, tidak akan dapat dirasai melainkan oleh mereka mereka yang telah bersusah payah melalui jalan ini. Kini giliran mereka pula mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

Setelah bersalam-salaman, kami pun bersurai..
.

Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah langkah kami di jalan ini.

Haizul Samsuddin
Aktivis Isma cawangan Johor Bahru

Hot industry news & trends

More useful articles