Indahnya Bulatan Cinta

Gambar Hiasan

Aku bukanlah manusia sempurna
Yang tidak pernah melakukan dosa
Yang tidak pernah melakukan maksiat
Aku hanya insan lemah
Yang penuh kekurangan

Lalu, Allah hadirkan mereka
Ya, mereka yang memahami
Mereka yang membantu
Mereka yang tulus mencintaiku
Mereka mengajar ku erti kehidupan
Melalui jalannya ..

Tudung labuh menutup dada
Adab kepada ibu bapa dan guru dijaga
Itulah pesanan mereka
Tuhan jagakan mereka

Aku bukan lagi insan lemah
Ukhuwah dan usrah ini mengajar ku erti persahabatan
Dakwah ini mengajar ku erti kekuatan
Ku yakin mereka kiriman Tuhan
Terima kasih buatmu
‘Kakak’ dalam bulatan cinta

Nukilan Oleh:
Nazatul Najwa Rossimy
Ahli Kelab Remaja ISMA Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *