Guru, Pelajar Sekolah dan Mahasiswi Sertai Kejohanan Bola Jaring Amatur.

Oleh : Nurfarahin binti Zahiridin

SKUDAI, 22 Jul – Seramai 80 orang pemain mewakili 8 buah pasukan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Amatur Wanita anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor Bahru.

Pasukan-pasukan tersebut ialah pasukan Infiru yang terdiri daripada ahli ISMA Johor Bahru dan pasukan Kelab Guru dan Staff MRSM.

Mahasiswi-mahasiswi berusia 18 hingga 25 tahun daripada pasukan PEMBINA MARSAH 1, PEMBINA MARSAH 2, dan Serikandi daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Sementara pasukan yang dianggotai pelajar sekolah ialah Remaja Terer daripada Kelab Remaja ISMA Johor Bahru yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Johor Bahru dan Akhyarrangers yang dianggotai oleh pelajar Al-Akhyar Islamic School.

Sementara pasukan JDT Bombs daripada Kulai menampilkan pelbagai peringkat umur semuda 18 tahun hingga 40 tahun.

“Sebelum menyertai pertandingan ini, pasukan kami telah menjalankan beberapa siri latihan sebagai persiapan,” kata Maisara Binti Amat Tahir, wakil pasukan JDT Bombs .

Yasmin Syahmina Binti Mohd Roha, kapten pasukan Serikandi pula menyifatkan perlawanan kali ini agak sengit dan mencabar namun mereka berjaya mengekalkan momentum atas kerjasama kukuh antara ahli pasukan.

Kejuaraan dirangkul oleh kumpulan JDT Bombs daripada Persatuan Belia Anak Selatan, diikuti tempat kedua oleh kumpulan PEMBINA Marsah 2 dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Serikandi daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Kejohanan ditamatkan dengan perlawanan akhir yang menyaksikan JDT Bombs menandingi PEMBINA Marsah 2 dengan jaringan 30 berbalas 3.

Manakala Serikandi UTM menandingi Akhyarrangers dengan jaringan 6 berbalas 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *