Oleh : Nursyazana binti Jamaludin

SKUDAI, 14 Julai – Biro Wanita Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Amatur Wanita yang berlangsung di Gelanggang Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia.

Ketika dihubungi Ketua Wanita Biro Wanita ISMA, Puan Azizah Che Awang mengatakan, “Wanita semestinya sentiasa istiqomah dalam menjaga kesihatan diri secara holistik iaitu daripada semua sudut fizikal, rohani, emosi dan intelek”

Pertandingan ini dihadiri kira-kira 120 orang peserta wanita dan penyokong daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang antaranya pelajar sekolah, mahasiswa universiti dan guru daripada sekitar Johor Bahru.

“Kami di Wanita ISMA berusaha menjadi contoh teladan dalam 3K iaitu kesihatan, kebersihan dan keceriaan kepada ahli keluarga, rakan sekerja dan masyarakat kerana
aspek-aspek tersebut merupakan sebahagian daripada ibadah”, ulas Puan Azizah Che Awang yang merupakan pesara daripada dunia pendidikan.

Pertandingan ini dihadiri kira-kira 120 orang peserta wanita dan penyokong daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang antaranya pelajar sekolah, mahasiswa universiti, para guru dan penjawat-penjawat awam daripada sekitar Johor Bahru.

Kejohanan yang dijadualkan seawal 7 pagi terpaksa dianjakkan ke jam 8.30 pagi atas faktor hujan lebat tidak mematahkan semangat para pemain untuk meraih kejuaraan.

Kejuaraan berkonsepkan liga kalah mati ini disertai 8 pasukan, dengan 8 perlawanan yang sengit namun berjaya menonjolkan sifat kerjasama dan semangat kesukanan yang
tinggi.

Kejuaraan dirangkul oleh kumpulan JDT Bombs daripada Persatuan Belia Anak Selatan, diikuti tempat kedua oleh kumpulan PEMBINA Marsah 2 dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Serikandi daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Puan Azizah Che Awang turut mengatakan, penglibatan Biro Wanita ISMA ke dalam masyarakat melalui Kejohanan Bola Jaring ini supaya dapat meluaskan jaringan kenalan seterusnya menyebarkan fikrah ISlam yang benar kepada masyarakat.

Di samping perlawanan bola jaring, Ujian Kecergasan ringkas turut diadakan bagi penonton yang berminat.

Kejohanan Bola Jaring Amatur tamat pada jam 2.30 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *