December 21, 2017

Bersolidariti bersama Palestin Sambil Berfutsal Gaya Isma Johor Bahru

Oleh : Adli Adnan

JOHOR BAHRU, 10 Dis – Seramai 30 orang pemuda dari pelbagai lapisan peringkat umur telah hadir bagi memeriahkan aktiviti futsal mingguan anjuran Biro Sukan Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Johor Bahru ini.

Namun begitu, aktiviti futsal kali ini menampilkan sedikit kelainan kerana aktiviti pada kali ini diselitkan dengan azam dan niat untuk bersolidariti kepada Palestin disamping merapatkan hubungan silaturrahim dan mengekalkan gaya hidup sihat.

Solidariti ini diadakan susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump yang telah mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Israel pada 7 Disember yang lalu.

Tindakan Trump ini telah mencetuskan kemarahan majoriti umat Islam dan bukan Islam seluruh dunia dan mengecam tindakan yang dilakukan presiden itu.

Menurut saudara Ahmad Nazmi Roslan selaku wakil daripada biro sukan Isma Johor Bahru, solidariti ini penting bagi menekan Israel dan sekutunya seterusnya memastikan Palestin kembali ke tangan umat Islam pada tahun 2027 nanti sesuai dengan teori yang telah dinyatakan oleh Syeikh Ahmad Yasin.

Aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini telah diadakan di Kompleks Sukan Daiman. Program diakhiri dengan penyampaian tazkirah berkaitan Palestin dan telah disampaikan oleh saudara Adli Adnan.

Hot industry news & trends

More useful articles