January 10, 2021

Pemuda ISMA Iskandar Puteri Bantu Mangsa Banjir

Skudai, 10/01/2021 – Kehadiran bantuan daripada Pemuda ISMA Iskandar Puteri (IP) sedikit sebanyak telah meringankan dugaan yang dihadapi oleh penduduk Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor.

Menurut Ketua Pemuda ISMA IP, Encik Ahmad Nor menjelaskan bahawa bentuk pertolongan adalah dalam bentuk pengagihan barangan keperluan asas yang berjumlah hampir RM 1K dan juga membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang terjejas. Tambah beliau lagi, seramai 25 orang anggota Relawan Muda telah turun ke lokasi ini bagi menjayakan projek bantuan yang sangat dinantikan oleh penduduk di sini.

Ujar beliau lagi, mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dana bantuan banjir kali ini.

Berminat untuk sertai aktiviti – aktiviti kesukarelawanan? boleh hubungi : 018-7634803 (Ahmad Nor)

Bagi para dermawan yang ingin menyumbang dan membantu dalam misi bantuan banjir ini, sila ke akaun berikut

ISMA DT SERVICES:8603 2634 23 [CIMB BANK]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *